Search This Blog

Thursday, September 10, 2009

refleksi aijuin

Saya, Ching Ai Juin sebagai salah seorang ahli dari kumpulan saya telah berjaya menyelesaikan projek kami… Dalam proses menjalankan projek tersebut, saya telah memainkan peranan sebagai seorang penolong ketua dan telah memastikan project ini berjalan dengan lancar.


Tugas saya ialah memeriksa segala maklumat yang telah dihabiskan oleh ahli jawatankuasa lain.
Semasa projek ini dijalankan, saya telah menghadapi beberapa masalah. Antaranya ialah memiliki masa yang sempit untuk menghabiakan kerja saya masing-masing. Hal in demikian kerana saya perlu meluangkan masa yang cukup untuk menelaah pelajaran untuk peperiksaan. Kadangkala, saya juga perlu melakukan aktiviti di sekolah seperti mural. Saya berasa amat bimbang kerana aktiviti selepas pnp ini boleh menjejaskan masa tuisyen saya.


Walau bagaimanapun, saya boleh mangamalkan sikap bekerjasama dengan ahli kumpulan saya. Kami boleh mencadangkan idea kami masing-masing dan menjalinkan hubungan yang erat pada waktu yang sama. Selain itu, saya telah membahagikan masa saya untuk membuat kerja saya dengan bersungguh sungguh.


Saya berasa amat gembira kerana projek kami boleh dilaksanakan dengan baik.

Refleksi veihung

Sebagai seorang setiausaha, saya Lee Vei Hung telah mambuat kerja saya dengan baik. Saya telah mengumpulkan maklumat dan informasi daripada ahli jawatankuasa lain. Selain itu, saya juga mengemaskan semua maklumat sebelum menghantar kapada penolong ketua kumpulan.

Semasa projek sivik kami dijalankan, saya telah menghadapi beberapa masalah. Kadangkala, ahli kumpulan tidak mengamalkan sikap bekerjasama antara satu sama lain. Selepas mereka menghabiskan kerja mereka, mereka tidak memeriksa kerja mereka dan tidak cuba menolong kumpulan lain.


Saya telah menolong ahli lain yang tidak dapat menghabiskan kerja mereka selepas saya menghabiskan kerja saya. Saya cuba menolong penolong ketua untuk memeriksa bahagian-bahagian lain untuk meringankan bebannya.

Tuesday, September 8, 2009

senarai tugas ahli kumpulan

Yap Chung Yao
Ketua Kumpulan
Membahagikan kerja
Menolong dalam semua aspek
Memeriksa projek sebelum binding

Ching Ai Juin
Penolong Ketua Kumpulan
Memeriksa segala maklumat yang telah dihabiskan oleh ahli-ahli jawatan kuasa lain
Melaporkan semua masalah kepada ketua kumpulahn

Lee Vei Hung
Setiausaha
Mengumpul maklumat dan informasi daripada ahli-ahli jawatan kuasa lain
mengemaskan semua maklumat sebelum dihantar kepada penolong ketua kumpulan

Tan Yi Jie
Bendahari
Mencetakkan projek-projek yang telah diperiksa oleh penolong ketua kumpulan
Mencantikkan projek

Christine Anne Tan Bee Suan
Jurugambar
Mengambil gambar ahli-ahli kumpulan yang sedang membuat kerja amali
Membuat laporan tentang laporan kerja amali

Yong Wei Lun
AJK 1
Mengumpul dan mengemaskan semua releksi daripada ahli-ahli jawatankuasa lain
Memeriksa sekali ketujuh-tujuh refleksi yang telah dihabiskan oleh ahli-ahli jawatankuasa lain

Yap June Wai
AJK2
Menyempurnakan aspek-aspek yang lain belum dihabiskan oleh ahli-ahli jawatan kuasa lain
Mengemaskan lampiran dan gambar-gambar ahli serta menghantar kepada penolong ketua kumpulan

Chong Wendy
AJK3
Mengumpulkan semua maklumat yang berkaitan dengan gambar
Menghabiskan bahagian lampiran dan gambar-gambar ahli kumpulan

objektive kajian

Tujuan kami melaksanakan projek-projek ini ialah




I. Mengaplikasikan pengetahuan dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah




II. Menyedarkan murid tentang pentingnya semangat patriotic terhadap negara



III. Menceriakan kawasan sekolah sempana hari kemerdekaan




IV. Mengeratkan hubungan antara ahli-ahli kumpulan



V. Mempraktikkan nilai bekerjasama serta cintai alam sekitar

refleksi Chung Yao

Projek ini telah berjaya mancapai semua objektif yang telah disebutkan dalam bahagian “objective kajian”. Ahli-ahli kumpulan kami telah berjaya mencapai beberapa nilai murni, seperti bekerjasama, bertolak-ansur dan sebagainya.

Tetapi, kami telah menghadapi dugaan dalam proses pelaksanaan projek ini. Pertama sekali, tarikh peperiksaan hampir tiba. Kedua, beberapa ahli kumpulan kita perlu membuat persembahan sempena hari kemerdekaan. Oleh sebab itu, perjumpaan kami tidak mencukupi. Ketiga, mata pelajaran sivik hanya terdapat 1 jam seminggu, kami tidak berpeluang berjumpa dengan guru sivik selalu.

Walaubagaimanapun, semua masalah mempunyai cara penyelesaiannya. Saya telah mencatatkan segala petunjuk yang telah diberi oleh guru. Saya juga telah membahagikan semua kerja yang diperlukan awal-awal sebelum peperiksaan bermula. Oleh sebab itu, perjumpaan tidak diperlukan lagi.

rujukan

Untuk menyempurnakan projek ini, kami telah membuat rujukan daripada beberapa sumber rujukan:

1) Buku Teks Pendidikan Sivik dan KewarganegaraanKarya Mohamad Dahalan bin Mohd Ramli, Mahdi bin Shuid, Sivarajan a/l Ponniah


2) Contoh projek-projek senior


3) Contoh projek-projek kelas lain

pelaksanaan projek

Kita akan membuat perancangan sebelum kita bermula membuat projek sivik ini untuk memastikan projek sivik ini dapat dijalankan dengan lancer serta dapat menyiapkan projek ini dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh guru.

Terlebih dahulu, kumpulan kita telah berbincang tentang nama kumpulan. Selepas itu, kita baru mula bincang tentang pengagihan tugas dan jawatan. Dalam bahagian ini, kita akan mengenal pasti tajuk kita “Malaysia Negara Berdaulat”, baru kita menentukan objektif kita untuk projek sivik ini. Selain itu, kita juga akan mengenal pasti sumber dan maklumat serta pihak yang akan terlibat dalam projek sivik ini.

Di samping itu, kita juga akan menentukan cara mengumpul serta merekod maklumat projek sivik ini.Sementara itu, kita juga akan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang diperlukan supaya projek sivik ini dapat dijalankan dengan lancar.

Selepas perancangan kita selesai, kita akan memulakan projek kita dengan melaksanakan tugas masing-masing serta mula membuat kerja amali. Kita akan merekod tugas yang telah dijalankan oleh kita sepanjang projek sivik ini.

Justeru itu, kita akan membuat refleksi masing-masing apabila selesai membuat kerja amali. Dalam bahagian refleksi, kita akan merekod pendapat sendiri, kesulitan aktiviti dan kebaikan aktiviti kita. Selepas menyiapkan semua kerja, kita baru akan mula membuat penghargaan dan lampiran.

slide show ^^