Kita akan membuat perancangan sebelum kita bermula membuat projek sivik ini untuk memastikan projek sivik ini dapat dijalankan dengan lancer serta dapat menyiapkan projek ini dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh guru.
Terlebih dahulu, kumpulan kita telah berbincang tentang nama kumpulan. Selepas itu, kita baru mula bincang tentang pengagihan tugas dan jawatan. Dalam bahagian ini, kita akan mengenal pasti tajuk kita “Malaysia Negara Berdaulat”, baru kita menentukan objektif kita untuk projek sivik ini. Selain itu, kita juga akan mengenal pasti sumber dan maklumat serta pihak yang akan terlibat dalam projek sivik ini.
Di samping itu, kita juga akan menentukan cara mengumpul serta merekod maklumat projek sivik ini.Sementara itu, kita juga akan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang diperlukan supaya projek sivik ini dapat dijalankan dengan lancar.
Selepas perancangan kita selesai, kita akan memulakan projek kita dengan melaksanakan tugas masing-masing serta mula membuat kerja amali. Kita akan merekod tugas yang telah dijalankan oleh kita sepanjang projek sivik ini.
Justeru itu, kita akan membuat refleksi masing-masing apabila selesai membuat kerja amali. Dalam bahagian refleksi, kita akan merekod pendapat sendiri, kesulitan aktiviti dan kebaikan aktiviti kita. Selepas menyiapkan semua kerja, kita baru akan mula membuat penghargaan dan lampiran.
No comments:
Post a Comment