Search This Blog

Tuesday, September 8, 2009

pengenalan

Khidmat Masyarakat merupakan komponen amali dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.


Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Murid juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.


Tema khidmat masyarakat ialah “Malaysia Negara Berdaulat”. Malaysia mencapai kedaulatan pada hari bulan 31 Ogos 1957. Tengku Abdul Rahman, perdana menteri Malaysia ke-1 telah berjaya membebaskan negara kita daripada jajahan British. Dengan jasa-jasa dan sumbangan tokoh-tokoh lain, Malaysia telah pun menjadi sebuah negara yang maju.

Tajuk projek tahun ini ialah “Menceriakan Sekolah Sempena Kemerdekaan”. Kumpulan kita telah mengikut tajuk yang telah diberi oleh cikgu dan telah menghabiskan kerja amali kita dengan membuat mural. Selain itu, terdapat murid-murid yang membersihkan kawasan sekolah, mengecatkan dinding sekolah dan sebagainya.

Tajuk projek tahun ini telah berjaya memaparkan tema projek. Kita dapat menceriakan kawasan sekolah sempena bulan kemerdekaan. Selain itu, aktiviti yang telah kita lakukan juga telah menunjukkan tema projek “Malaysia Negara Berdaulat”.

No comments:

Post a Comment

slide show ^^