Search This Blog

Tuesday, September 8, 2009

penghargaan

Dalam tempoh menyempurnakan projek ini, kumpulan kita telah menghadapi pelbagai jenis masalah-masalah. Tetapi segala masalah ini telah dapat diselesaikan dan kita berjaya menghantarkan projek sivik pada masa yang telah ditetapkan.



Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kami, Cikgu Fatihah kerana telah memberi kita kita banyak petunjuk dan pertolongan dalam menghabiskan projek ini.



Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami yang telah memberi kita pertolongan dan galakan semasa melaksanakan projek ini. Mereka telah memberi kami bantuan kewangan untuk menghabiskan projek ini.



Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulan saya, kerana memberi bantuan dan kerjasama yang mencukupi untuk menghabiskan projek ini dengan sempurna.



Tanpa anda semua, projek ini tidak dapat dihabiskan. Oleh itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang-orang yang telah menolong kami dalam menyempurnakan projek ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

slide show ^^